Selasa, 21 Mei 2013

                               ASAL USUL ORANG RAO DI MALAYSIA

Ada yang mengelar mereka melayu Rao biar pun masyarakat melayu lebih sinonim dengan melayu Rawa.Malangnya tidak ramai yang mengenali eknik yg banyak tertumpu di beberapa Negeri di Semenanjung seperti Perak dan Pahang.
Mengikit tulisan Prof Dr HM Bukhari Lubis (Universiti Sultan Idris)dan Sanusi (Universiti Melaya),Melayu Rao ini di takrif sebagai beragama islam,bermastautin di rao,berasal dari keluarga Rao melalai hubungan darah atau pesemendaan tampa batas sempadan,bahasa rao dan pengamal adat budaya Rao.
Sekitar 1830-an ada seramai 25.000 orang Rao di lembah Rao,sumatra,namun pada tahun 2009,bilangan sekitar 60,000 orang sahaja di sana kerana majoritinya ke Malaysia dan Singapura.

Berbekalkan status sebagai golongan mahir dalam pentakbiran, keagamaan,kerohanian dengan bekerja sebagai petani dan pelombong.
Kaum Rao yang pertama berpindah ketanah melayu adalah golongan petani sekitar abad ke-5 Masihi.Faktor pedaganggan bebas ketika zaman kesultanan melayu Melaka pada ke- 15,hanya mengalakan lebih ramai orang Rao merantau, berdagang dan terus bermastautin di sini.
Kerancakan aktiviti perlombongan emag di abad ke -17 Masihi dan bijih timah di abad ke18 mendorong sebahagian besar pelombong rao ke tanah melayu melalui negeri selat(singapura,melaka dan pulau pinang).

Mereka membawa bersama budaya dan adat resam tradisi yang masih di amalkan sehingga kini sebagai identiti Orang Rao.Mengamati fizikal mereka, tiada banyak beza dengan melayu Malaysia cuma bahasa petuturanya berbeza iaitu seakak-akan minang.

Di sebelah barat Rao ialah Selat Mentawai dan timur bersempadan dengan Riau.Perkataan Rawa hanya popular di Mekah dan Malaysia.tetapi kurang di kenalai di rao.
Pengkaji sejarah masyarakat Rawa,Zabidin Ismail(Jari Basurek) merujuk pada catatan penulisan Wan Shaghor Abdullah yang mengatakan, istilah Rawa di Malaysia daripada Hj Abdullah Nordin al Rawi yang mengasaskan syarikat percetakan dan penerbitan,bersama Press Lebuh Aceh, Pulau Pinang(1921)

Pada asalnya di sebut ar Rawi mengikut istilah arap yang bermaksud yang di bangsakan "RAO" tetapi lama kelamaan menjadi ar-Rawa yang menunjukkan seseorang iti berasal dari Negeri Rao.
Penggunaanya bermula awal abad ke 19 khususnya ketika pengajian islam berkembang di Mekah.pendapatdan analisis bahawa wujud tangapan asal usul melayu rao adalah dari Pagar Ruyung.

Penghijrahan beramai-ramai ketanah melayu belaku semasa perang paderi (1976-1933)di indonesia semasa zaman pemerintahan kolonial Belanda.Sebahagian besarnya terdiri daripada golongan istana,ulama, cendikiawan, panglima dan tentera.
Mereka kini bertuah kerana wujudnya pertubuhan Jalinan Rao Malaysia (JARO)yang du daftar pada 6 Disember 2007 bagi mengurus, mengumpul mengembangkan serta menghidupkan semula budaya Rao.

Kira-kira 250,000 keturunan Rao di malaysia dan 700 daripadanya sudah berdaftar dengan JARO.
Orang Rao cukup terkenal dengan adat Berjojak (pantang tanah).,kemahiran tobek(membela ikan air tawae),masakan tradisional gulai lemak dan kelamai (lemang).

PEPATAH ORANG RAO

duduk sama besar
 berdiri sama tinggi
masuk sama-sama di pintu
 bendul sama-sama di langkah
kehendak beserah kepada tuan rumah...


 
KAUM RAO DI SUMATERA

SAYA ORANG RAO





Jumaat, 26 April 2013

SEJARAH RAWA DI TANAH MELAYU

Sejarah orang melayu rao@rawa bermula di daerah kecil sumatra indonesia
pekerjaan utama penduduk rawa ialah sebagai petani, pedagang,pelombong dan mahir dalam pentakbiran dan kerohanian/keagamaan.

HIJRAH PERANTAUAN MELAYU RAWA KE TANAH MELAYU

4 gelombang penghijrahan orang rawa ke tanah melayu.

1) Gelombang petama bermula 500 sehingga 1400 masihi terdiri daripada golongan petani dan pemburu emas , kerana tanah melayu terkenal dengan semenanjung emas.

2) Gelombang ke2 bermula pada tahun 1401 masihi hingga 1600 masihi terdiri dari golongan pedagang, terutama pedagang emas, kain dan ubat-ubatan.

3)Golongan ketiga bermula pada tahun1601 masihi hingga tahun1600 masihi terdiri dari tokoh agama,pemburu emas, bijih timah, dan tentera upahan apabila di buka pusat perdaganggan di pulau pinang dan singapore di samping melaka.

4) Gelombang keempat bermula pada tahun 1900 masihi dengan perantauan beramai ramai apabila orang- orang minangkabauberkerja sama dengan orang belanda membunuh orang-orang rawa terdiri dari dari anak-anak raja rawa dari rao mampat tunggul, pagar nunang dan pagar ruyung.
bersama hulu balang dan pahlawan.


Selasa, 16 April 2013

 KEHARMONIAN KAMPUNG RAWA DENGAN PENDUDUK YANG SEPAKAT DAN BERSATU HATI..PENDUDUK YANG RAMAH DAM MESRA SERTA PEMUDA YANG AKTIF....
       
       KEMAJUAN KAMPUNG SEIRING DENGAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MODEN YANG MEMILIKI INFRASRUKTUR YANG LENGKAP DAN TARATUR.

      KEMUDAHAN YANG DIMILIKI MENJADI LADASAN KEPADA PEMUDA PEMUDI KAMPUNG DALAM MELAKUKAN AKTIVITI SEHARIAN. HIDUP BERMASYARAKAT DAN SERING BERGOTONG ROYONG.