Selasa, 21 Mei 2013

                               ASAL USUL ORANG RAO DI MALAYSIA

Ada yang mengelar mereka melayu Rao biar pun masyarakat melayu lebih sinonim dengan melayu Rawa.Malangnya tidak ramai yang mengenali eknik yg banyak tertumpu di beberapa Negeri di Semenanjung seperti Perak dan Pahang.
Mengikit tulisan Prof Dr HM Bukhari Lubis (Universiti Sultan Idris)dan Sanusi (Universiti Melaya),Melayu Rao ini di takrif sebagai beragama islam,bermastautin di rao,berasal dari keluarga Rao melalai hubungan darah atau pesemendaan tampa batas sempadan,bahasa rao dan pengamal adat budaya Rao.
Sekitar 1830-an ada seramai 25.000 orang Rao di lembah Rao,sumatra,namun pada tahun 2009,bilangan sekitar 60,000 orang sahaja di sana kerana majoritinya ke Malaysia dan Singapura.

Berbekalkan status sebagai golongan mahir dalam pentakbiran, keagamaan,kerohanian dengan bekerja sebagai petani dan pelombong.
Kaum Rao yang pertama berpindah ketanah melayu adalah golongan petani sekitar abad ke-5 Masihi.Faktor pedaganggan bebas ketika zaman kesultanan melayu Melaka pada ke- 15,hanya mengalakan lebih ramai orang Rao merantau, berdagang dan terus bermastautin di sini.
Kerancakan aktiviti perlombongan emag di abad ke -17 Masihi dan bijih timah di abad ke18 mendorong sebahagian besar pelombong rao ke tanah melayu melalui negeri selat(singapura,melaka dan pulau pinang).

Mereka membawa bersama budaya dan adat resam tradisi yang masih di amalkan sehingga kini sebagai identiti Orang Rao.Mengamati fizikal mereka, tiada banyak beza dengan melayu Malaysia cuma bahasa petuturanya berbeza iaitu seakak-akan minang.

Di sebelah barat Rao ialah Selat Mentawai dan timur bersempadan dengan Riau.Perkataan Rawa hanya popular di Mekah dan Malaysia.tetapi kurang di kenalai di rao.
Pengkaji sejarah masyarakat Rawa,Zabidin Ismail(Jari Basurek) merujuk pada catatan penulisan Wan Shaghor Abdullah yang mengatakan, istilah Rawa di Malaysia daripada Hj Abdullah Nordin al Rawi yang mengasaskan syarikat percetakan dan penerbitan,bersama Press Lebuh Aceh, Pulau Pinang(1921)

Pada asalnya di sebut ar Rawi mengikut istilah arap yang bermaksud yang di bangsakan "RAO" tetapi lama kelamaan menjadi ar-Rawa yang menunjukkan seseorang iti berasal dari Negeri Rao.
Penggunaanya bermula awal abad ke 19 khususnya ketika pengajian islam berkembang di Mekah.pendapatdan analisis bahawa wujud tangapan asal usul melayu rao adalah dari Pagar Ruyung.

Penghijrahan beramai-ramai ketanah melayu belaku semasa perang paderi (1976-1933)di indonesia semasa zaman pemerintahan kolonial Belanda.Sebahagian besarnya terdiri daripada golongan istana,ulama, cendikiawan, panglima dan tentera.
Mereka kini bertuah kerana wujudnya pertubuhan Jalinan Rao Malaysia (JARO)yang du daftar pada 6 Disember 2007 bagi mengurus, mengumpul mengembangkan serta menghidupkan semula budaya Rao.

Kira-kira 250,000 keturunan Rao di malaysia dan 700 daripadanya sudah berdaftar dengan JARO.
Orang Rao cukup terkenal dengan adat Berjojak (pantang tanah).,kemahiran tobek(membela ikan air tawae),masakan tradisional gulai lemak dan kelamai (lemang).

PEPATAH ORANG RAO

duduk sama besar
 berdiri sama tinggi
masuk sama-sama di pintu
 bendul sama-sama di langkah
kehendak beserah kepada tuan rumah...


 
KAUM RAO DI SUMATERA

SAYA ORANG RAO